Diskaun ini khas untuk orang SELANGOR & KL
Yang nak cat rumah dan nak survey harga cat rumah!
Kami pakar cat dinding anda!
Tukang Cat Berpengalaman
Pengalaman mengecat selama 17 Tahun.
Siap dalam masa singkat
Kami boleh siap dalam mengecat dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja jika rumah kosong.
Boleh buat custommade
Kami boleh mengikut dan menunaikan apa sahaja idea yang terlintas dalam fikiran anda.
Tahukah anda?
Hampir 90% keluarga yang ada anak kecil
mengalami masalah dinding rumah diconteng!
Ramai teringin nak realisasi dinding custom made
tapi takut harga dicaj potong kepala!
Ramai yang ingin buat kejutan kepada yang tersayang dengan
warna dinding yang romantik dan design yang cantik tapi susah nak cari yang boleh siap cepat!
Betul ke boleh siap dalam masa 3 hari?
Betul. Kami boleh siapkan rumah anda dalam masa 3 hari. Tapi bergantung kepada keluasan rumah anda. Paling cepat boleh siap untuk cat dinding adalah sehari setengah untuk pelanggan sebelum ni. Dan warna yang digunakan hanya 1 warna tanpa “ SPECIAL EFFECT” atau “CUSTOM PAINTING”.
Proses menjadi lebih mudah dan cepat apabila rumah yang dicat itu kosong dan kami juga menggunakan tenaga kerja yang professional.
Ini jenis teksture painting, sebijik wall paper kalau tengok dari dekat. Namanya cat SANCORA atau MOMENTO. Sangat sesuai untuk SIMPLE FEATURE WALL. Rumah kecil pun boleh juga. Harga siap Rm 7.00 sekaki.
Yang ini jenis lukisan pemandangan. Macam ni ambil sedikit masa untuk siap sepenuhnya. Harga bergantung keluasan dan ketinggian. Kena roger-roger dulu.
Yang ni pun ramai yang minat sebab nak nampakkan rekaan lebih elegan tetapi simple. Murah je ni.. RM7.00 sekaki jugak. Warna kita boleh costume nak kesesuaian warna apa.
Ini antara contoh custom painting, maksudnya kerja kerja mengecat bukan sekadar cat biasa, tapi bagi mereka yang mahukan kelainan dari dinding yang lain. Penggunaan dinding feature wall berfungsi supaya dinding tersebut menjadi daya tarikan dan titik fokus pada mereka yang bertandang. Ada yang memilih warna yang lebih santai, tidak kurang juga yang memilih warna lain dari yang lain supaya kehadiran dinding feature seperti ini lebih dirasai…
Dari segi harga, pasti ada yang berkata yang cantik pastinya mahal.. Berkaitan harga feature wall ia bermula serendah Rm 7.00 sekaki (momento/sancora) sehingga mencapai RM 35.00 sekaki bergantung pada kerumitan dan ketinggian dinding atau ceiling yang akan dibuat nanti. Yang pasti harga yang kami tawarkan adalah harga mampu milik sesuai dengan rumah yang anda tinggal sekarang ini.
Nak tahu lebih lanjut?
Kami terang kan jenis-jenis yang lain dibawah beserta dengan gambar sekali. Boleh?
Serahkan pada kami... Kami Pakar Cat Dinding!
Sekarang dah tak perlu pening kepala jika mahu mencari kontraktor cat bagi kerja mengecat luar rumah dan juga dalaman rumah sebab kami ada untuk bantu mengecat rumah tuan!
Ini lah tempat yang betul. Harapan dari kami, Tuan berpuas hati dengan hasil kerja kami nantibila dapat berurusan. Bukan sahaja sebelum… malah selepas kerja dibuat dan kami berharap semua dapat berjalan dengan lancar.
Tak perlu ragu-ragu dan bimbang, kami yang akan uruskan semuanya. Bermula dari perbincangan memilih warna pilihan mengikut katalog warna, seterusnya penerimaan kunci untuk memulakan kerja (jika rumah kosong), sampailah kerja mencuci titik cat yang tersasar jatuh ke lantai.
Cuma Tuan tengok dan perhati je. Berikan ruang dan masa untuk team kami cat rumah cantik –cantik sampailah siap kesemuanya 100%.
Selalunya bila dah siap nnti, kami akan update balik dalam whatsapp dan kongsikan gambar jika Tuan tinggal jauh dari rumah yang dicat. Ni contoh mesej yang kami akan hantar kepada pelanggan semasa dalam proses mengecat dan setelah disiapkan.
Ok?
Testimoni
“Malulah dengan jiran, sebab ceiling rumah dah macam warna kuning karat…….”
Biasa dengar ayat camtu..?
Mana tidaknya, rumah tu dah la duduk lama, warna dinding pun dah mula pudar. Warna cat rumah tu pun makin luntur dinding luarnya. Kusam dan tak lagi nampak cantik. Itu belum lagi tengok siling dalam rumah. Warna ceiling pun boleh tahan juga kelam dan suram warnanya. Ada nampak kuning-kuning sikit, pastu ada “peta” lagi….WOW!
Kalau 10 tahun dulu memang la putih melepak, Itu cerita 10 tahun dulu ya. Sekarang ni, yang putih tu pun dah tak putih dah. Dinding pun dah jadi macam papan hitam sekolah. Untuk pendidikan seni. Maklumlah, budak-budak..! Conteng sana. Conteng sini. Ikut dan saja. Senang kata, kita pun kadang kala tak perasan bila benda ni terjadi, sedar-sedar dah ada.
Jangan risau, dan pening kepala nak buat macam mana. Pakar Cat Dinding ada sebagai tukang cat dinding rumah anda. boleh settle semua. Boleh nampak bersih dan baru semula. 🙂
Sebelum tu, 5 Minit! Jom kenali kami.
Hai… Nama saya Zoy, pengasas dan ketua untuk pasukan pekerja keras di Zoy Construction Services. Saya berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang pertukangan, pembinaan, lukisan dinding dan ceiling serta servis cat mengecat rumah.
Kini, saya lebih banyak fokus kepada hiasan dalaman dan juga kekemasan terakhir. Jika dulu, saya dah pernah menghasilkan cat dinding untuk istana-istana, rumah kediaman VIP dan VVIP, rumah-rumah bangalow, Keseluruhan Dinding dalaman PWTC tingkat 2, masjid-masjid, outlet-outlet kedai serta pejabat-pejabat kerajaan.
Tapi, sekarang saya lebih suka mengambil upah mengecat rumah-rumah orang di sekitar kawasan Selangor & Kuala Lumpur sahaja. Boleh lihat sebahagian hasil-hasil kerja kami sebelum ini, Semua ini ialah projek dan upah cat bangunan dan lukisan dinding luar dan dalam rumah di merata-rata tempat seluruh Malaysia sebelum kami focus hanya di kawasan SELANGOR & KUALA LUMPUR sahaja.
6 Bahagian Yang Kami Sangat Pakar Mengecatnya!
- Mengecat rumah dan bangunan
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Siling
Kami sebagai kontraktor cat juga menyediakan servis untuk melukis dan mewarnakan gambar di siling menggunakan tangan. Perkhidmatan mengecat rumah ini termasuklah mengecat rumah guna semburan air brush (nak buat siling bentuk awan) dan teknik sponging.
- Dinding
Untuk cat rumah yang seperti biasa guna roller penggelek cat tu, dah biasa bagi kami. Tapi cat dinding special yang lain seperti
- Feature wall momento siries / sancora paint (cat seolah-olah wallpaper),
- Lukisan 3D didinding atau ceiling,
- Lukisan panorama,
- Melukis logo di dalam atau luar dinding pejabat,
- Lukisan berunsur kanak-kanak sekolah(dinding taska),
- Menzahirkan gambar digital/potret di atas dinding jenis simen dinding,
- Marble effect buatan tangan,
- Lukisan mural dan stucco untuk feature wall, juga termasuk dalam servis kami.
- Lantai
Epoxi ni cat lantai (menjadikan lantai lebih terang, bersih, kemas dan mudah untuk diselenggarakan) untuk kawasan perindustrian dan halaman rumah/tempat kereta puan. Ada juga yang gunakan cat epoxy ni di padang badminton court yang lantai berkilat tu lah bila kena mop. Itu jenis epoxy yg berwarna hijau, warna lain pun ada juga
- Texture painting / gold leaf/ antiquing
Mahu tukar tombol pintu menjadi warna keemas-emasan? Tanpa tukar set kunci yang baru, Kami boleh tukarkan warna yang lebih bertenaga dan Nampak baru untuk yg gah warnanya untuk puan! Bole tengok kat bawah ni
- Marble Effect Wall / Pillar
Tak ramai yang tahu hasilkan dinding secantik ini, hanya rumah2 tertentu saja yang sesuai dibuat Effect ni. Cat rumah yang cantik dan bersih menjadi amalan dan S.O.P kami .
7 Keistimewaan kami?
Berpengalaman Selama 17 tahun
Kami dah banyak mengecat pelbagai bentuk bangunan dan kediaman termasuk rumah yang “sebiji-sebiji”, berkembar, single atau double-storey, banglo, pangsapuri/ apartment, town house, dewan orang ramai, hotel, kilang-kilang perindustrian, kedai, pejabat, restoran, tiang2 istana, kediaman menteri dan pajabat kerajaan.
Upah cat rumah flet atau kondo , atau cat bilik sahaja beserta barang sekali pun x da masalah untuk kami buat. Jadi… Rasanya tiada masalah untuk mengecat sebijik rumah lagi..tak kisah lah rumah jenis apa..
Siap 2-3 hari sahaja
Kerja-kerja mengecat ni boleh siap dalam masa 2 hingga 3 hari sahaja. Sabar dulu. syaratnya jika rumah tu kosong. Jika tuan rumah ada tinggal disitu pun, (dengan izin tuan rumah), kami tetap teruskan mengikut masa yg ditetapkan.
Jika terlewat sedikit daripada jadual, selalunya disebabkan kerja-kerja angkat dan pindah barang (perabot). Mungkin terlewat 1 hari dari tarikh sasaran, tengok jumlah banyaknya perabut. Selalunya, kerja kami akan siap dalam masa 2-21/2 hari sahaja. Tambahan abang security kat situ “baik-baik” dan kasi kami ”kerja lebih masa”. Itu yang buat kerja siap cepat. Kami ni rajin kerja tau!!
Waktu kerja fleksibel
Hari cuti? Sabtu ahad? Publik Holiday? Sama ja bagi kami. Comfirmkan dgn kami bila boleh mula cat rumah puan. Kami Tukang cat A.K.A Kontraktor cat. Sebagai contoh, kami juga mengecat restoran dan datang pada waktu malam jika siangnya restoran itu agak sibuk. Kalau tak kerja malam bila lagi nak cat? Waktu siang diorang nak masak dan pelanggan pun nak makan. Jadi kita kena setting lah pukul berapa, kami akan datang. Kerana kami bekerja 24 jam! Cat waktu malam pun pernah.
Sentiasa mengamalkan kebersihan ketika mengecat rumah
Rumah yang belum siap memang macam “kapal pecah”. Berterabur barang sana sini. Yang paling penting, kami akan pastikan tiada sisa cat pun akan tumpah ke lantai rumah puan selepas semua siap. Kami juga akan pastikan semua lantai dilapik dan barang-barang ditutup ketika kerja-kerja sedang berlangsung. Kerana yang kami cat hanyalah dinding. Bukan lantai ! kalau cat lantai tu kita pakai cat yang lain pula ya(cat epoxy). Kami memastikan cat rumah cantik dan bersih selepas kerja-kerja siap sepenuhnya.
Harga berbaloi & Profesional
Kami menyediakan cat yang berkualiti sahaja untuk khidmat cat rumah anda semua. Peralatan yang bersesuaian akan digunakan pada tempat yang sewajarnya. Harga servis cat rumah dan harga perkhidmatan yang diberikan bersesuaian dengan kepandaian tukang cat yang berpengalaman serta kawalan dari supervisor yang mengawal selia pada sesetengah tempat yang memerlukan khidmat seliaan.
Jaminan keatas kerja yang telah disiapkan.
Tidak perlu dirisaukan kerana semuanya merangkumi jaminan selama 6 bulan keatas cat yang kami sediakan. Selalunya jaminan ini lebih kepada masalah cat yang terkopek dari dinding yang kamu usahakan, kami kena pastikan yang masalah bermula dari mana ia datang dan jika ia bermula dari bahagian dinding yang mempunyai masalah paip bocor (leaking) atau atap rumah yang bocor. Ia harus diselesaikan dulu sebelum kerja dilakukan….
Customade
Suka diingatkan, idea tersebut haruslah masuk akal dan wujud. Apa saja idea yang ada akan diperhalusi melalui perbincangan. Sesetengah idea yang diberi adakalanya tak seperti apa yang kami fikirkan, maksudnya pemikiran dimasa itu tak seiringan. Ada baiknya jika keiginan tersebut disertai dengan contoh yang sedia ada dan rujukan, untuk mengelakkan kebarangkalian salah faham yang mungkin timbul.
Pernah berada dalam situasi macam ini?
Selama bertahun2 kami bekerja, Inilah golongan yang nak sangat kediamannya dicat secepat mungkin. Kalau hari ni booking esok lusa kena datang siapkan kerja.
- Orang yang nak kawin atau anak dia nak kahwin bulan depan. Kad kahwin dah kasi sedara mara, rumah kena lah nampak cantik dan berseri, takkan pengantin ja yang nak “make up” . rumah pun nak juga kan.
- Kaum family yang nak berhari raya dengan cat rumah yang baru. (kena booking awal sikit ya….Kami pun nak raya juga)
- Andalah… yang baru pindah masuk rumah sewa atau nak sewakan pada penyewa yang baru. Yang ini memang banyak, kalau dah masuk dan baru nak buat,memanglah barang yang ada dlm rumah tu agak berterabur kena alih sana- sini.. Boleh rancang dengan kami awal sikit sebelum masuk rumah..
- Akak dan abang yang baru saja buat renovation rumah. Dinding dah korek untuk masuk pipe dan wire dalam simen, tampal pun ala kadar ja, kadang2 tak rata pun. Kalau plaster ceiling pulak , ada sesetengah diorang ni memang tak buat kerja cat, ceiling penuh dengan lukisan pensel hasil “kira-kira” sukatan kerja. Yang ni memang wajib kena cat .
- Korang yang baru beli rumah dan tak sabar dah nak pindah masuklah… Tapi hati tu tak berkenan dengan warna yang pemaju kasi… Biarlah keluar modal sikit asal puas hati.. rumah tu nanti, korang juga yang nak hadap , kan? Bukan rumah sementara lagi dah ni…
- Cat rumah tu yang dah lama sangat. Ada yang dah mula mengelupas. Ada yang dah rosak, kira nak tukar warna modern yang paling terbaru dan versatilelah.. ikut arus semasa..Barulah berseri lepas siap nanti.
- Rumah ke 2 dah beli dan menetap kat rumah baru tu.. sekarang ni nak jual rumah pertama pada orang lain dgn harga yang lebih tinggi, Harga tanah kat situ pun dah naik.. kalau nak naikkan harga rumah, kenalah cat rumah cantik-cantik supaya senang jual pada pembeli baru. Buyer pun senang dapat dan kasi diorang tertarik, diorang yg beli pun puas hati.. tuan rumah/ agen tak perlulah tunggu masa lama.. Lagi senang nak “up” sikit harga rumah tu.
Macam mana? Mesti ada termasuk dalam salah satu golongan di atas kan?
Atau nak lagi special. Tak mahu cat yang biasa-biasa yang guna berus dan roller dgn kayu panjang tu? Nak cat guna cat special?
Nak rumah Nampak mewah ala-ala warna istana… huh.. Nak cat yang BLING..BLING..
Bermacam jenis kami ada buat. Antaranya..
Jenis cat sebagai panduan pilihan untuk anda!
- Marble Effect Painting
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Wall Painting Ornament
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Sancora / Momento Paint
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Ceiling Drawing Work & Ornament
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Sky / Galaxi Effect
Tidak kira luar dan dalam rumah, bumbung, simen, kayu dan juga besi.
- Panorama / Object
Tapi yang itu harga nya tak sama, semua kena datang dan kena ukur dulu:
- Berapa besar dan luas dinding tu
- Ketinggian tempat / objek dari lantai 🙂
Video
Ini Hasil Kerja di Youtube
Untuk akak dan abang boleh lihat hasil kerja di saluran Youtube kami, saluruan ini sentiasa aktif upload kerja dari masa kesemasa dengan niche kerja yang berkaitan:
Ini Senarai Harganya
Untuk menempah, Cik puan boleh lihat pakej-pakej harga yang bersesuaian dengan rumah puan. Kami akan berikan hasil yang terbaik demi mencantikkan rumah puan supaya kelihatan berseri dan mewah dengan budget yang ada.
Pakej Mengecat Dalaman Rumah
- Kawasan mengecat meliputi keseluruhan dinding rumah.. termasuk bilik air & dapur, jika tak ditutupi dgn mozek/tile sepenuhnya.
- Harga termasuk dengan cat berjenama (i.c.i, Jotun, M.C.I, / Nippon)
- Frames dan pintu kayu berasingan harga dengan kadar RM 125 seunit/ set
- Harga tidak termasuk grill, (harga cat grill mengikut saiz dan berapa unit yg ada) akan ditentukan sblm kerja mengecat nnti.
- Jika ada lubang paku dan rekahan halus didinding, ia akan ditampal sebelum kerja cat lapisan finishing disapu dahulu. Ada tambahan jika major works.
- Harga bagi single storey dan double storey mengikut size asal rumah.
Tambahan RM250.00 untuk rumah penuh barang/ didiami bagi kerja mengangkat dan mengalihkan barang.
*Pakar Cat Dinding hanya menyediakan servis cat dinding di Kuala Lumpur & Selangor sahaja.
DISKAUN 35% PROMOSI
HARI RAYA AIDILFITRI
UNTUK FEATURE WALL!
Ini adalah contoh cat dinding FEATURE WALL. Untuk promo kali ni, kita bagi diskaun untuk Feature wall jenis MOMENTO SANCORA / MOMENTO. Harga promosi SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI, kita bagi diskaun sehingga 35%!
Jadi berapa?
Harga asal untuk FEATURE WALL jenis MOMENTO SANCORA / MOMENTO adalah RM7.50 / sq feet. Tapi harga promosi HARI RAYA AIDILFITRI hanya
RM 4.90 / sq feet!
Wow! Murah gilerrr kan?
Macam mana nak tempah?
Jika Tuan/Puan sudah suka dengan hasil kerja kami dan mahu menempahnya, puan boleh klik link di atas ini. Tuan/Puan perlu mengisi borang dibawah. Pastikan Tuan/Puan sertakan alamat rumah yang lengkap dan alamat email yang betul supaya kami boleh hubungi Tuan/Puan.
Ikhlas,
Tukang cat rumah Anda
012 6222 132
PS: Perkhidmatan ini berasakan siapa yang booking dulu dialah yang dapat awal. Jika dah booking dah comfirm tarikh dan masa dah ditetapkan, dan tempahan itu dibatalkan. Tuan/Puan perlu menunggu giliran semula jika masih berminat untuk servis yang kami tawarkan.
ISI BORANG TEMPAHAN SEKARANG!
Zoy Construction Services. Saya berpengalaman selama 17 tahun dalam bidang pertukangan, pembinaan, lukisan dinding dan ceiling serta servis cat mengecat rumah.
Copyright @ 2020 – ZOY Pakar Cat